Kau Tetap Di Hati
Penulis: Liza Zahira
Penerbit: Alaf 21
ISBN: 9789831243947
Dimensions(ukuran adalah lebih@kurang):
- Height: 1 inches
- Width: 4.5 inches
- Lenght: 7.2 inches
SINOPSIS
Terperangkap di celah kemelut silam kakaknya, menjadikan Sophia gadis yang cekal. Kepulangannya dari New Zealand bukan membawa segulung ijazah tetapi terpaksa berhadapan dengan bekas abang ipar yang berdendam dengannya.
Lalu bermulalah episod baru yang datang silih berganti. Bukankah hidup mesti diteruskan?
Kuingin Bersamamu
Penulis: Dyza Ainun
Penerbit: Buku Prima
ISBN: 9789675234255
Dimensions(ukuran adalah lebih@kurang):
- Height: 1 inches
- Width: 4.5 inches
- Lenght: 7.2 inches
SINOPSIS
Terkadang bahasa alam menjadi inspirasi yang terlalu mahal harganya. Namun tidak ramai insan yang meneliti dengan pandangan hati. Ternyata kelahiran KUINGIN BERSAMAMU adalah hasil adunan pelbagai pengalaman dan pemerhatian. Memerhati kegigihan insan yang ingain berjaya dan suka duka teman-teman meneliti batas kehidupan.
Syurga Di Hati
Penulis: Fatin Nabila
Penerbit: Alaf 21
ISBN: 9789831244319
Dimension(ukuran lebih@kurang):
- Height: 1 inches
- Width: 4.5 inches
- Lenght: 7.2 inches
SINOPSIS
Akibat mabuk bercinta, Erin & Ariff bertekad mengakhiri perhubungan mereka dengan ikatan perkahwinan. Hangatnya darah muda menjadikan mereka tidak memikirkan darjat dan usia masing-masing terlalu mentah dalam melayari bahtera rumah tangga. Dan akibatnya, sebaik kedua-duanya melangkah ke gerbang perkahwinan, rumah tangga mereka berantakan kerana kurangnya persefahaman sesama mmereka. Krisis demi krisis berlaku hanya kerana perkara-perkara remeh hingga akhirnya membawa kepada perpisahan.
Cinta Dua Jiwa
Penulis: Rania Firdaus
Penerbit: Alaf 21
ISBN: 9789831243916
Dimension(ukuran lebih@kurang):
- Height: 1 inches
- Width: 4.5 inches
- Length: 7.2 inches
SINOPSIS
Hariz, arkitek muda yang gemar berchatting dengan rakan sibernya. Aisya Humayra. Menggunakan nama ‘Archyhis’, Hariz tidak pernah membongkarkan identitinya meskipun dia mengenali gadis itu yang juga bekas juniornya ketika universiti.
Takdir yang berlaku, Aisya kemalangan angkara Fakhrurazzi yang meminatinya. Ini amat memeranjatkan Hariz. Sejak itu, dia melawati Aisya di hospital sehingga timbul rasa kasih terhadap gadis itu. Dia lantas meminta pertolongan orang tuanya untuk meminang gadis itu. Walaupun hati belum bersedia, Aisya ter[aksa aku dengan kehendak ibubapanya. Hariz kini menjadi suaminya. Namun, layanan dingin diberikan kepada lelaki itu. Hariz yang penyabar, akhirnya meninggalkan Aisya buat seketika sebagai ujian buat isterinya.
Percayalah… Akhirnya
Penulis: Ruby Hazri
Penerbit: Jemari Seni
ISBN: 9789675118234
Dimension(ukuran lebih@kurang):
- Height: 1.1 inches
- Width: 4.2 inches
- Length: 7.2 inches
SINOPSIS
dia umpama sebauh kolam, kelihatan tenang
di permukaan, bertolak dan bergelora di dasarnya
Siapa yang kata cinta tidak semestinya bersatu? Sedangkan
itulah tujuannya perkahwinan! Betullah kata orang,
lelaki Melayu romantisnya tidak setanding dengan lelaki Eropah. Itulah bahagianya Nur Atikah menjadi isteri Danial Wolfgang. Tetapi…







