Budak Ladang

Penulis: Salleh De Ran
Penerbit: PTS
ISBN: 9789833654703

” Okey, sedia!” malek memberi arahan kepada Swee Teen dan Sundram. Belum sempat Swee Teen membuka mulut, tiba – tiba terdengar bunyi dua das tembakan datang dari rumah Ong. Malek terkejut dan tergamam. Kamera yang ada pada tangan Malek masih merakan, Swee Teen dan Sundram menoleh ke rumah mereka. Malek segera meninjau apa yang berlaku dan apa yang didengarnya. “Macam bunyi tembakan!” Malek cuba mengesahkan bunyi yang didengarnya. Swee Teen dan Sundram mula gelisah. Mereka berpandangan. Mampukah budak ladang ini berhadapan dengan cabaran ?

Additional DescriptionMore Details

Other Images:

Quantity

Price: MYR16.00

Loading Updating cart…

Cuti Sekolah

Penulis: Saridah Hamid & Reja
Penerbit: PTS
ISBN: 9789675137747

SINOPSIS
Cuti sekolah yang panjang baru sahaja bermula. Aisyah Sofia merancang mengadakan suatu aktiviti. Dia mengajak kawan-kawanya turut serta. Ke mana mereka hendak pergi? Apa yang akan terjadi kepada Abu? Adakah dia turut serta atau ditinggalkan?

Additional DescriptionMore Details

Other Images:

Quantity

Price: MYR13.50

Loading Updating cart…

Di Ambang Maut

Penulis: Meor Shariman
Penerbit: PTS
ISBN: 9789833654062

Siri Kembar Terpilih yang keempat ini mengisahkan percutian Misha, Marsha dan Tuan Osman di Pulau Jawa sempena cuti sekolah. Percutian yang pada awalnya menggembirakan anak – beranak itu tiba – tiba bertukar menjadi suatu percutia yang tidak menyeronokkan si kembar dan ayah mereka. Bapa saudara Farid yang menjadi kawan rapat Tuan Osman iaitu Tuan Zaidie rupa – rupanya berketurunan pawang. Dia meneruskan usaha memburu kembar terpilih selepas misi memusnahkan si kembar oleh Silbi dan Anton suatu ketika dahulu gagal. Dia juga turut sama berada di Pulau Jawa bersama – sama anak saudaranya iaitu Faizal yang juga berketurunan pawang. Kehadiran Faizal menjadi tanda tanya si kembar kerana rupanya seiras Farid yang hilang suaru ketika dahulu. Pelbagai usaha dilakukan oleh Misha dan Marsha bagi menyelamatkan diri dan ayah mereka daripada diserang keturunan pawang.

Additional DescriptionMore Details

Other Images:

Quantity

Price: MYR14.00

Loading Updating cart…

Sarah Dan Bunga Mawar

Penulis: Ezee Rahmani
Penerbit: PTS
ISBN: 9789833654628

SINOPSIS
“Cantiknya bunga-bunga mawar itu!” Sarah memuncungkan mulutnya kearah sederet pasu bunga di tepi pejabat kem. “Tidak terpandang langsung di situ ada bunga-bunga yang cantik berwarna-warni!”

Rozi menghayun beg pakaiannya ke kaki Sarah. “Sejak bila pulak awak berminat dengan pokok-pokok bunga?” Sarah tersengih. Sempat dia berlari dan menghidu aroma bunga-bunga mawar di situ buat seketika, sambil menunggu giliran naik bas.

Additional DescriptionMore Details

Other Images:

Quantity

Price: MYR17.00

Loading Updating cart…

Aku Mahu Ke New York 2

Penulis: Ain Maisarah
Penerbit: PTS
ISBN: 9789833654611

The Wannababes bertafakur berfikir sehinggalah Linda mengangkat tangan. Senyuman nakal muncul di bibirnya. “Apa kata kita pura – pura sakit ? Apabila kita sakit, tentu cikgu hantar kita balik KL”. “Tapi kita nak berlakon menderita penyakit apa ?” semua garu kepala. “Susah juga nak cari jenis penyakit ni. Menyesal tak bawa buku teks biologi!” Mulut sazzy berkeluh kesah. Wajah tujuh gadis mula monyok kembali. Tiba – tiba, terdengar bunyi tamparan kuat Nana pada lengan sendiri. “Nyamuk!”
“Nyamuk?” Mata Shasha bercahaya. “Kita berlakon terkena penyakit demam denggi!” “Kita berlakon demam denggi biasa ataupun demam denggi berdarah?” “tentulah demam denggi berdarah! Biar cikgu – cikgu ketakutan. Biar ibu bapa kebimbangan!”
The Wannababes, kumpulan paling popular di Sri Bangsar sudah sampai ke New York. Malangnya The Wannababes rasa tidak serasi. Mereka mahu kembali ke Kuala Lumpur secepat mungkin. bermacam – macam strategi diaturkan. Namun apa yang dirancang berlainan pula jadinya. The Wannababes makin sakit jiwa. Berjayakah mereka pulang ke Kuala Lumpur seperti kemahuan mereka ?

Additional DescriptionMore Details

Other Images:

Quantity

Price: MYR17.00

Loading Updating cart…